Monday, June 29, 2009

30 JUNE 2009

Asskum semua..

Sebentar tadi tepat jam 12.00am genap usia aku yang ke 27 tahun.hehehe.dah tua aku dah ni.dah tak boleh nak mengaku remaja lagi ni.semoga aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki insyallah..belum pun sampai 30hb aku dah dapat dah hadiah dah dari wife aku.wife aku bagi 1 kotak kecil yang berbalut kertas.belum buka lagi aku dah tahu apa isi kandungnya.mesti minyak wangi.sebab dah 4 tahun aku kahwin,tiap2 tahun ni lah aku dapat minyak wangi.tapi berlainan jenama lah.tapi ayah tak kisah keikhlasan tu yang paling penting.terima kasih isteri ku.dalam pada usia aku yang ke 27 ni dah banyak benda yang aku hajat kan dah dapat aku capai dan miliki.ada jugak yang belum tercapai lagi..tapi akan diusahakan sehingga tercapai insyallah kalau diijinkan oleh NYA..apa yang aku belum tercapai lagi???biarlah rahsia.Aku bersyukur sangat2 amin ya allah,banyak benda yang dah termakbul.terima kasih allah kerna permudahkan perjalanan hidup hambamu ni..sampai disini sahaja.aku chow dulu.mata dah mintak nak tidur.

Sunday, June 28, 2009

INC PLANT SABTU

Asskum semua..

Dah lama rasa aku tak masuk blog ni&menulis.bukannya malas tapi takde apa nak cerita kan.tapi takpelah aku citer lah sikit pasal plant.walaupun bkn bidang aku.ni sebenarnya bidang jurutera.pagi sabtu tu kerja lah macam biasa,sepatutnya cuti.tapi apa boleh buat dah boss panggil suruh kerja,kena lah kerja.nanti melawan kena buang kerja plk.bukan senang nak cari kerja sekarang ni.pagi tu sampai aku lepak kat staff room dulu.pagi tu yang berkerja zaide,hasnor,salleh,muvin & ramdan.sepatutnya 4 orng je,tapi si ramdan ni ada kerja khas perlu dilakukan.aku lepak minum2 makan2 berbual dengan bebudak operation.dalam duk berbual aku dengar lah dia orang bincang pasal waste,nak letak kat mana,nak bakar mana dulu.terdengar zaide cakap bahawa inc 1 dah tak boleh bakar lagi.sebab pusher 3 dah sangkut tak boleh nak gerak lagi walaupun seinci.rupanya ash dah penuh kat pusher 3,sebab tu tak boleh nak gerak.dia orang cakap kat back door tak boleh bukak sebab dah penuh sangat.jadi jalan lain takde kecuali shut down je.itu apa yang aku dengar lah.aku pun tak pasti.petang tu aku tengok dia orang semua bertungkus lumus untuk mengeluarkan ash yang tersangkut kat pusher tu..

Aku hanya dapat melihat je kesungguhan dia orang membuat kerja2 tu.nak tolong takut dia orang tak bagi pulak.sebab kerja nya renyah.jadi aku ambil keputusan hanya melihat&kembali ke office.tengah aku dok mengelamun kat office,boss aku pulak dari indon sms suruh call dia balik,dia mintak sesuatu dokumen kat plant BRI.tapi takde.jadi aku call balik dan menyatakan dokumen yang dia nak takde.sedang aku bercakap dengan boss aku ni,adalah hamba allah ni mengetuk pintu dari luar office&memanggil aku suruh aku buka pintu.pelik pulak aku kenapa dia tak boleh buka sendiri.baru aku teringat yang aku terkunci pintu dari dalam.jadi aku buka kan lah,rupanya si tar nak masuk ambil air.aku terkejut jugak tengok keadaan juretera kanan aku ni,dengan baju habis basah lokos peluh lah konon(simbah air sebelum naik kot)sebenarnya dia terlibat dalam operasi membaik pulih inc 1.turun padang lah kata kan.bagus boleh jadi ikon untuk staff BRI.harap2 inc dapat jalan balik.tapi pagi tadi aku tengok dia orang macam menyambung blk je kerja2 tu.okay lah sampai disini.lain kali kita jumpa lagi.

Aku hanya menulis apa yang aku tahu je,kepada jutera yang terbaca entry ni,kalau tersalah fakta yang aku keluar kan ni tolong2 lah betul kan.sebab aku kurang arif pasal inc plant ni.sepeti yang aku kata kan tadi,inc plant bukan bidang aku.salah harap dimaaf kan.tak maaf pun takpe,bukan nya buat salah pun.hehehehehe.

Thursday, June 25, 2009




Inilah keadaan office aku semasa dalam operasi pencarian C/note ni,naik semak meja aku dipenuhi c/note.sabau je lah.nak buat macamana dah kerja kan.

PENCARIAN TAK AKAN BERAKHIR

Asskum semua...

Entry kali ni mengisah kan tentang pencarian c/note yang tak akan berakhir sampai bila2 pun.mungkin akan berakhir bila semua client dah bayar.tapi itu tak mungkin kot.sebab terlalu banyak client yang masih belum bayar lagi sebab dokumen tak lengkap lagi..sapa yang ada baca entry aku bertajuk meeting rabu 17/06/09.ini adalah kesinambungan je.kalau lah aku dapat settle kan semua client yang ada masalah tu blm tentu lagi semuanya selesai.sebab lepas ni mesti akan ada client yang call tanya pasal invois.itulah yang aku maksudkan pencarian tak akan berakhir.lepas satu.satu masalah akan timbul.aku dan team aku gagal merealisasi kan impian boss aku.makna nya gagal lah.bukan team aku je,tapi team yang no2 pun gagal jugak.so nazri kena belasah lah dgn boss.sebab dia kan ketua kami.apa boleh buat naz,kami dah sedaya upaya menyediakan apa yang di minta.semalam aku dan geng2 aku balik dari office pkl 9.00pm,sebab mencari benda alah ni.tapi tak ketemu dong..apa buleh buat,kita hanya merancang tuhan yang menentu kan.sampai sekarang pun aku masih mencari dan terus mencari lagi.dah seminggu dah asyik balik lambat je.orang rumah aku pun dah komplain.tapi dia faham.suami mu banyak kerja,bukan kerja sendiri,tapi kerja orang lain.apa buleh buat dah kehendak majikan..oklah sampai disini.sehingga berjumpa kembali.chow dulu..ni pun dah banyak melalut dah ni.

Tuesday, June 23, 2009

DULU LAIN SEKARANG LAIN

Asskum semua..

Hari ni berkerja macam biasa.tapi hari ni terlewat pergi kerja.pkl 8.00am baru gerak dari rumah.keluar dari rumah je,hari pun hujan dengan lebat sekali.jadi sampai kilang 8.10am.jengah2 kat dalam staffroom,tengok seorang pun takde.call bad tanya kat mana,rupanye dia orang melepak kat warong abg botak lah.sekarang anak dia si farid tu dah ambil alih.maju lah sikit nampak nya.jadi aku pun start kereta wira WLM6740 terus ke warong.ramai yang lepak kat situ rupanya.ada mando,jawe,bad,hassim&aku sendiri.rasanya aktiviti melepak kat waronng ni dah lama ditinggal kan.dulu2 tu ada lah jugak.tapi sejak akhir2 ni kerap plk aku dengar dia orng melepak kat warong farid ni.jadi tak payah lah aku tapau kan mkn untuk dia orang ni.sebab dia orang semua dah mencekik,tapi tak sedap pulak kalau tak beli,sebab ada bebudak shift.pagi ni shift di ketuai oleh zaide&pengikut setianya seperti malek,selamat&hasnor.kasihan kat mereka nanti.nanti kalau aku tak beli mereka sarap,mesti dia orang cakap aku lapar lah.jadi aku beli nasi goreng telur mata.kasihan tengaok dia orang mengangkut bin,memunggah waste,bakar waste&cuci tong.

Aku dulu seperti mereka jugak.pernah duduk di tempat mereka sekarang.aku tahu macamana penat nya.tapi kalau penat pun buleh duduk bila2 masa pun.bukan nya tak buleh berehat langsung.kat sini seperti berkerja sendiri.janji kerja siap.sebab aku pernah kerja macam ni.aku tahu system kerja nya.tapi mungkin nasib menyebelahi aku..aku di naik kan ke storekeeper pada 15jul02,sampai lah sekarang ni.rezeki masih berpihak kat aku lagi.dari kerja store aku dibawa mengenali kerja2 tadbir.sekarang hampir kesemua kerja2 dibahagian tadbir mampu aku membuatnya.

Sekarang untuk c/note GH seluruh mka,ns&johor dibawah kendalian aku dan jugak petty cash.bunyi macam senang,tapi susah maa..tanggungjawab besar.dan yang paling penting kepercayaan yang boss aku letak kan kat aku.tu lagi berat.tapi aku akan sedaya upaya lakukan apa yang terbaik.terima kasih boss..ok sampai disini sahaje.sehingga bertemu kembali...

Monday, June 22, 2009

PERMATA HATI AKU

/>


Ini lah gambar anak2 aku nurin balqis n hilman haikal

Friday, June 19, 2009

MEETING RABU 17/06/2009

Salam semua..



Pada 17/06/2009 tempoh hari iaitu selepas aku balik dari KL,office aku ada meeting tergempar kira2 jam 3.00pm.diketuai oleh boss aku(jrc).aku pun hairan lah kenapa ada meeting tergempar.biasanye sehari sebelum meeting dah bagi tahu,takde mengejut macam ni.rupa2 nya ini ada kena mengena dengan client yang aku jumpa sebelah pagi nye tu..dalam meeting di KL tu client ada minta sesuatu iaitu dokumen yang detail bagi memboleh kan pembayaran dibuat.dokumen yang dimaksud kan adalah c/note,invois,dan summary of akaun.tapi boss aku cuma bawa summary je.apa lagi client pun bising lah.sebab dia dah maklum sebulan lebih awal..tapi pagi selasa tu boss aku dah mengingatkan 2 org staff dia untuk menyediakan dokumen tersebut.tapi malangnya sehingga ke petang dokumen tak dapat disedia kan & staff tersebut terus balik pkl 5.aku faham&aku tahu kenapa dokumen tu tak dapat di sediakan..hanya aku yang tahu&biarlah ianya menjadi rahsia.hanya org yang tertentu je yang tahu..termasuk 2 orang staff tersebut.aku tak boleh letak nama mereka disini.nanti kena gam aku.hehehehe.pada boss aku pak joff mungkin anda tahu situasi ini,sebab anda pernah melihat& mendengar keluhan aku & tahu keadaan nya.alah bak kata perpatah orang lain yang buat tahik,orang lain yang kena bersihkan atau kerna nila setitik habis susu sebelanga atau kerna seekor kerbau membawa lumpur satu kampung terkena palitnya.lebih kurang gitu lah bunyinye,hehehehe.bermadah madah pulak sekejap aku ni..apa yang aku dapat tau,boss aku naik angin petang selasa tu sebab tak dapat dokumen yang dimahu kan,sedang kan besoknya pagi2 nak pergi jumpa client.aku pun faham dengan keadaan boss aku ni.tapi apa boleh buat.kami dah cuba sedaya upaya.

Oklah berbalik pada meting tadi..biasa lah klu dah meting tu biasanye kerja akan bertambah lah.dalam meeting tu boss aku telah membahagikan tugas untuk menyelesai kan kekusotan yang berlaku mengikut team.aku diletak kan dalam team naz,aina&aku sendiri.bagus jugak,sebab dalam team ni,aku ok sangat2,sebab 2 orang ni seteru aku.kumpulan 1 lagi terdiri dari ct,raja&ayu.tapi untuk 2 team ni ada ketuanya iaitu naz.dia boss dalam percarian c/note.dia kena pastikan semua berjalan lancar dan mengikut dateline yang telah dipersetujui.dulu aku pernah kena jadi ketua ni,mungkin aku gagal kot hahaha.maka tugas ni telah dipikul oleh naz.susah maa,tugasnya adalah untuk mencari c/note.ada lebih kurang 8 client.team aku dapat 3 client je..sebab team yg kedua tu lebih berpengalaman.pada pak joff jangan selalu minta itu ini pada pak naz,kerna dia lagi sibuk mencari c/note,hehehe.jangan marah gurau je..oklah sampai disini sahaje.dah banyak melalut dah ni.hehehehe.bye n salam.

NOTE:sewaktu entry ni aku publish hujan telah pun menyirami bumi melaka ni dengan lebat sekali..terima kasih allah.aku bersyukur..

bye semua

Wednesday, June 17, 2009

KESEJUK KAN

Salam semua..

Alhamdulillah inilah bumi ciptaan tuhan,ada sejuk & ada panas.setelah menempuh hari & cuaca yang panas,akhir nya hari ni dapat juga matahari berehat..tiada panas terik.redup & sejuk macam nak hujan..walau pun tak hujan .pegang pen sejuk,sentuh meja,kerusi,komputer dll lagi semua nya sejuk.bukan tak bersyukur ada nya panas,tapi sesekali biar lah cuaca yang dingin sejuk.dapat gak bermalas malasan.tapi bila dah malas tu,paham2 dah lah,mesti nak jadi naga atau pun ulau hehehehe.pandang ke luar sejuk mata memandang,sebab meja aku kat office bersebelahan dengan tingkap,jadi selak je langsir terus nampak pemandangan luar..ok aku chow dulu..

NOTE: semasa entry ni aku send cuaca dah mula menunjukan kembali panas.matahari dah nak buat kerja balik.apa boleh buat,inilah bumi ciptaan tuhan..

SANTAPAN MALAM

Asskum semua..semoga sihat2 selalu..

Mkn mlm tadi aku di hidangkan sejenis lauk kegemaran aku iaitu rendang sayur maman campur dengan daging salai(makanan kegemaran&popular di area gemenceh nsdk).sedap giler.dah lama aku tak perkena lauk yang macam ni.maklum lah lauk segini akan ada bila time hari raya je.tapi hari lain pun ada jugak,seperti kenduri atau bila berkumpul ramai2 adik beradik.selalu nya kalau adik beradik sebelah mak aku je yang berkumpul akan ada lauk segini.sebab mereka semua berasal dari sg 2 gemencheh,klu sebelah ayah aku jangan haraplah.biarlah mereka dengan dunia mereka,apa aku nak sibuk2 hehehe.aku pun tak sangka pulak mak &ayah aku datang rumah aku petang semalam.takde angin takde ribut alih2 dah sampai je..dia kata rindu kat cucu2 dia,sebab dah lama tak jumpa.baru aku tersedar yang aku dah lama tak blk kampung.minta maaf mak & ayah.ananda mu ini terlalu sibuk.sibuk dibuat2 hehehe.apa pun terima kasih mak &ayah kerana sudi datang menjeguk kami disini..tak terbalas rasanye budi baik mak & ayah..lepas tu siap bawak durian dari kebun,banyak lah jugak.puas lah makan.tapi ayah aku kata tahun ni buah durian kurang menjadi.tapi takpe berbuah pun dah syukur dah.rezeki allah&siap masak rendang lagi.punyalah banyak dia orang masak..aku tanya kenapa masak byk sangat??dia cakap takpe,klu ntak habis bagilah jiran2.itulah mak & ayah aku.lebih suka memberi dari menerima.
ok sampai disini.

sekian wasalam..

DARI MELAKA KE KL

Asskum semua..

Aku ni kalau masuk KL tak sah klu tak sesat.wal hal dah byk kali jugak aku masuk KL ni.hari ini aku ditugas kan dengan boss aku untuk pergi jumpa ke satu client ni.dulu dia kat menara maa kat depan dewan pustaka..kalau ni memang aku dah tau sangat.tapi die dah pindah pulak kat bangunan perkim.kelam kabut aku mencari jalan.dekat 45minit jugak aku sesat..berpusing pusing aku.naik angin boss aku.maaf boss,staff mu ini sangat lembab jalan KL ni.

Sepatutnya lepas exit tol sg besi aku terus je ikut jalan tunku abd rahman,akan jumpa GH,IJN&ISTANA BUDAYA dan jumpa bulatan pahang,klu tak salah lah.klu salah kau orang tolong2 lah betul kan.sebab aku ni bukan orang KL beb!!.selalu nya sesat jugak,tapi takde lah teruk macam hari ini.aku bernasib baik sebab aku mengenali seseorang yang duduk kat KL lama.dia ni bakal ana punya beras.kalau ada jodoh kahwin lah dia dengan kak ipar aku.nama dia shukur jugak.dah melalut pulak aku ni..dia ni lah jadi penyelamat aku kat KL tadi.aku recpect gila kat dia ni tentang jalan kat KL ni.mana lubang,mana simpang,mana trafic light,mana pam minyak,pendek kata semua dia tahu lah.so dengan arahan dia,aku pun sampai lah kat destinasi yang dituju.terima kasih banyak abg shuk..jasa mu dikenang sampai ke akhir hayat.

Dulu aku selalu gelakkan boss aku(ahbond2020),dia cakap kalau 10 kali masuk KL,10 kali lah dia akan sesat.aku pun ketawa.hehehehe.sekarang kena batang hidung sendiri,baru padan muka aku.huhuhu.oklah sampai disini saja coretan aku yang merapu ni.


bye bye bye chow dulu ok...

Tuesday, June 16, 2009

KEMBALI MERIAH

Asskum semua..

Hari ni aku gembira sangat2,sebab semua pemain badminton kelab bri turun beraksi.terima kasih semua kerana bagi kerjasama dengan aku..hari ini ada pemain yang baru untuk kelab ni.bro swee n suami pada officemate aku(pn raja)datang untuk join kelab ni.&ada seorang lagi kawan pada malek,entah apa nama die aku pun lupa nak tanya,yang ni fresh lagimuda sangat2.pun datang bermain..so makin ramai,makin meriah lah.aku happy sebab dah lama kelab ni kekurangan pemain..asik main 5 orang je.aku harap2 lah dia orang bagi komitmen pada kelab ni.pada yang dah berusia tu,jangan bagi alasan dah ada umur tak boleh nak main.sebab bro swee kita(baru)dah berusia 50an.tapi stamina mengalah kan orang muda.4 game tanpa henti,bukan calang2 orang tu.aku ni 3game dah pancit..badan dah berat kot,hahahaha..bulan depan aku ada perlawanan dengan bebudak bacang..harap2 rezeki memihak kepada kelab aku..kepada pemain rajin2 lah turun padang training..kalah tu pasti,menang tu insyallah..apa pun kena mencuba dulu..macam bagi nasihat pulak aku ni.hehehe..hidup kelab bri!!!,terima kasih aku pada semua pemain yang bagi kerjasama(tar,naj,mal,haz,dan aku sendiri shuk)..

Kepada boss(ahbond2020),terima kasih kerna bagi aku semangat untuk meneruskan usaha murni boss ni.aku cakap macam ni sebab boss lah pengasas kelab ni dari awal lagi.aku cuma menerus kan apa yang ada,terima kasih kerna letak kepercayaan kat aku untuk membimbing kelab ni..memang dari mata kasar orang nampak aku yang uruskan semua,tapi boss adalah idea asal nya..terima kasih jugak sebab rajin masuk blog aku ni...aku memang rajin masuk blog boss..boleh kata kan tiap2 hari.sehingga kita berjumpa kembali..salam dari aku..


wasalam

Monday, June 15, 2009

ISNIN

Asskum semua..

Hari Isnin adalah hari yang paling malas bagi aku untuk pergi berkerja..tak tau lah kenapa..memang dari dulu lagi..malas nak bangun tidur kot atau pun malas nak pergi kerja setelah bercuti 2 hari,boleh jadi juga tu..hari ni pun bangun pkl 8am.itu pun setelah 5 atau 6 kali isteri aku mengejut nye..kalau tak tunggu kena siram dengan air baru boleh bangun..sampai office dah pkl 8.30am.nasib aku baik,sebab boss aku memang baik hati.dia faham dengan aku.,tapi lambat2 pun,keje jalan beb!!apa yang disuruh semua nya siap.tu yang dia tak kisah sangat tu..hehehe,jangan marah boss...

Sampai office,kerja pulak banyak atas meja.macam2 pulak nak kene up date.ini salah satu yang buat aku malas nak kerja hari ISNIN ni.rasa nak apply leave je..tapi dalam dok malas2 aku pun semua nye beres..takde yang tertangguh..selamat aku..ni semua cerita untuk hari ISNIN je ,hari lain aku lah yang paling awal sampai office..pastu selasa sampai jumaat aku lah paling cermerlang.hahahha.. masuk bakul angkat sendiri pulak aku..

cerita ni saje je aku tulis sebab nak kongsi dengan semua,nak tanya???ada ke spesis macam aku ni?? atau aku seorang je ke??????

sekian wasalam.....

Friday, June 12, 2009

CUTI HUJUNG MINGGU

Assalamualaikum semua..

Sekarang ini aku berada di AFAMOSA RESORT MELAKA yg terletak di simpang empat alor gajah.saja je aku bawa isteri&anak2 aku pergi jalan kat sini.lagi pun nak duduk kat rumah untuk minggu ini,rasa macam tak sesuai pulak,sebab rumah aku tengah renovate ,jadi bersepahlah dan byk sampah sarap,.takpe aku biar tukang rumah tu buat keje habis2 dulu..oklah jugak tempat nya.macam2 ada kat sini.ada cowboy town,animal safari,water world dan byk lagi,aku punya plan cuma nak lepak 1 mlm je,tapi bila dah sampai sini terus tertarik.apa lagi terus sambar 1 mlm lagi.dia punya bilik pun ok..aku bukan duduk kat hotel,tapi kat kondominium.besar jugak bilik dia.ada 2 katil besar,meja makan,set sofa,tv,peti sejuk,dll lagi.harga pun munasabah jgk cuma rm 195 1 mlm. ,tapi kalau aku sendiri yang yang tempah,mungkin tak dapat harga yang macam ni.ini kerana aku menggunakan khimat agensi pelancongan(VAHOLIDAYS SDN BHD),semua di uruskan oleh agensi ni..aku ahli dengan agensi ini.

Besok aku nak cuba bersiar siar tempat ini.tapi yang paling penting aku nak pergi tengok cowboy town.ni tempat yang aku nak pg tengok selama ini,maklum lah aku selalu aku lalu je tempat ni.,lihat dari luar pagar je,sebab cowboy town ni terletak sebelah jalan raya..jalan yang aku selalu ulang alik mka&nsdk.hampir 12 tahun aku lalu je kat tempat ni.maklum lah masa tu dulu aku kurang senang dari segi kewangan,tapi sekarang alhamdulliah lah dapat jugak aku check in kat sini.oklah sampai disini saje untuk kali ini..

Maaflah sebab blog aku ni belum ada apa2 gambar lagi,sebab aku blm upload lagi..dan aku sebenarnya memang tak suka bergambar,kamera bawa tapi tak pernah amik gambar pun.

Friday, June 5, 2009

LUAHAN HATI DARI AKU

Assalamualaikum semua

Aku sebenarnya hampir2 berputus asa untuk meneruskan sukan badminton di BRI.aku kecewa kerana kekurangan pemain kelab BRI.aku rasa nak tutup je..kekurang pemain2 disebabkan faktor rumah jauh atau ada urusan lain,sehingga tak dapat hadir,atau mungkin malas nak datang main..kalau faktor kewangan rasanye takde masalah.. sekarang kelab ni di biayai oleh seseorang..main free je....tu pun malas nak nak datang..bukan semua hanya segelintir je..aku pun sayang jugak nak kubur kan pasukan ni.ialah kalau nak ikut umur,pasukan ni dah 7 tahun lebih.satu masa yang agak lama jugak..tengah aku dok memikir kan & berbelah bagi,datang plk 2 insan menyatakan hasrat untuk bermain dengan kelab BRI..yang satu terdiri dari orang BRI jgk,yg satu lagi orang luar nama dia swee koh,orang gelar swee.pekerja di hospital mka.katanye orang BABA.betul lah kot sebab nama&muka dia nampak mcm cina..tapi tak pandai cakap cina..itu tak penting,yang penting dia buleh main..harap2 lepas ni dapat diterus kan selama yang buleh..

Kepada pemain2 yg terbaca coretan ni&mungkin terasa hati,aku mohon maaf kepada kalian semua..ini adalah luahan hati aku sahaja..tak berniat nak menyakiti hati sesiapa..jujur aku katakan aku sayang kelab BRI ini.harap2 kalian pun begitu jugak..


sekian wassalam

Monday, June 1, 2009

Hari Lahir Ayah 54

Pada 30/5/09 genap usia ayah aku yang ke 54 tahun(ismail b.sman).semoga sihat2 selalu,dimurah kan rezeki&dipanjang kan umur..teruskan usaha ayah membimbing&mendidik kami ke jalan yang benar&diredhai allah..walau pun kami dah dewasa & berkeluarga.nasihat & pandangan ayah masih kami perlukan lagi..


sekian