Thursday, December 17, 2009

Pahit,manis,suka,duka &gembira

Asslamualaikum..

Sekarang ni aku betul2 buzy.sampai nak menulis blog ni pun aku rasa macam tak sempat.tak tahu lah,sejak aku berubah jawatan ni(secara tak rasmi)makin sibuk pulak aku.tugas yang baru ni betul2 buat aku terasa macam sibuk sangat.tak terbawa rasanya beban tugas yang baru ni.tapi apa boleh buat kerja makan gaji macam nilah,walau bagaimana pun kehidupan harus diteruskan.merungut pun tak guna.kena buang kerja nanti susah pulak.tapi aku beruntung di dalam aku melakukan tugas harian aku ni yang banyak,aku di bantu oleh rakan setugas aku yang tak jemu2 membantu aku dan yang tak pernah merungut kalau membantu aku.tak perlu lah aku nyatakan namanya disini.cuma aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada dia.

Terlalu banyak cerita kisah suka duka,pahit manis yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun ini yang aku nak coret kan dalam blog ni.tapi mana mungkin dapat aku tuliskan semuanya.aku cuba ringkas kan.

Aku tumpang gembira dan aku ucapkan tahniah kepada 2 sahabat tariq & zolpaka kerana mendapat cahaya mata.kepada tariq tahniah mendapat cahaya mata yang sulung.jadi bapa yang rajin2 jaga anak2 tengah malam dan siang hehehe.kepada zolpaka aku ucapkan tahniah juga kerana mendapat cahaya mata yang ke3.semoga bertambahlah rezeki anda berdua.sebenarnya mereka berdua ni antara orang2 yang agak rapat dengan aku.

Aku gembira kerana aku,tariq,dll berjaya menganjurkan pertandingan badminton medivest cup 2009 buat julung2 kalinya.walaupun dari awalnya aku tak buat apa2 langsung,semuanya tariq yang buat persediaan awal.maklum lah aku sibuk bangat dengan kerja aku sendiri.tapi saat2 akhir bertungkus lumus juga aku.mana tak nya aku secara tak langsung dan secara tak rasmi dilantik sebagai pembantu penganjur.tapi takpe akhirnya semua nya berjalan dengan lancar.

Tahniah kepada juara beregu medivest cup 2009,wakil dari PHSB/APSB dari muar.tahniah anda memang layak digelar juara kerana bermain bersungguh sungguh.insyallah kalau ada rezeki dan dipanjangkan umur tahun hadapan kita berjumpa lagi.aku memuji semua perserta kerana mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

Aku kecewa sebab cabaran aku&tariq hanya habis di peringkat kumpulan saja.tapi takpe,yang paling penting api menjulang dah cuba yang terbaik.tahun kalau ada aku akan pastikan api menjulang akan sampai ke separuh akhir kejohanan.hehehe,boleh ke beb!!!

Sebenarnya terlalu banyak peristiwa yang pahit dari yang manis dalam hidup aku tahun ni.tapi tak dapat aku nak cerita kan disini.biar aku simpan dan menjadi rahsia dalam hidup aku.sebab ianya terlalu peribadi.mungkin tuhan nak menguji aku sejauh mana kesabaran & keimanan aku.semakin aku dekat dengan NYA,semakin banyak dugaan yang aku terima.ada kala nya aku hampir berputus asa.tapi aku percaya di sebalik dugaan2 yang aku terima,pasti ada hikmah disebaliknya.cuma aku perlukan banyak2 bersabar&redha apa yang berlaku.