Asskum Semua
Aku nak cerita sikit ni.minggu lepas aku sibuk sangat.sibuk di buat2.banyak benda aku kena settle kan.dari urusan kerja hinggalah urusan peribadi.hari isnin aku demam.jadi aku masuk office kejap je.bak kata orang nampak kan muka je.aku datang sampai pkl 11am.terus pergi klinik jumpa doktor.bukan apa takut ada penyakit lain pulak.sekarangkan ada sejenis penyakit yang dinama kan H1N1.kawan2 aku takut2 kan aku.cuak jugak aku.tapi sekarang dah ok dah.minta dijauhkan dari penyakit tu.sedih jugak tak dapat MC huhuhu.boss tak bagi.katanya demam sikit je.ada ke patut.dah nak berasap satu badan aku,dia cakap sikit je.tapi tak apa aku di berikan pelepasan awal untuk pulang ke rumah.lagi pun rekod aku kedatangan aku untuk tahun ni belum ada MC lagi.cemerlang tu..hahaha.boleh dapat bonus 5 bulan ni.harap2 lah.
Hari selasa pulak aku ikut boss naku pergi ke TDMC KL jumpa client.bincang pasal invois yang belum berbayar lagi.ingat kan sekejap rupanya lama jugak.ada lah dalam 1jam setengah.lepas tu keluar dari jumpa client terus pekena roti canai kat bawah pokok berdepan dengan TDMC.biasalah kalau ikut boss aku ni,kalau tak pekena roti canai memang tak sah.lagi pun makanan ni makanan kegemaran boss aku.settle semua aku pun bergerak lah balik ke melaka.sebab pkl 2.30pm aku kena pergi ke sjsb bbr.kena buat stock audit.biasalah dia orang request nak barang baru,jadi kena lah periksa serba sedikit.aku pun tengok memang dai orang dah kehabisan stock PB 35.0ltr.pkl 4.00pm aku pun terus balik plant bri,buat order untuk PB 35.0ltr.biasanya aku request 1000 unit,tapi kali cuma lepas 600 unit je.ada masalah dengan bajet kata boss aku.tapi takpe lah janji aku dah buat kerja aku.dan tunggu je barang sampai.dah pkl 5.00pm aku pun terus pergi ke dewan tg minyak untuk bermain badminton dengan kawan2 aku.
Hari rabu pulak sekali lagi aku ke KL.kali ni lokasi nya kat damansara.jumpa client.motif nya sama jugak,pasal invois yang tak berbayar.hai bila lah kerja ni nak selesai,dah penat dah ke hulu ke hilir.macam along pulak minta hutang.hehehhe.lebih kurang sejam aku terus ke HQ.kali ni bukan minta hutang.cuma boss aku kena jumpa madam.ingatkan sekejap,tapi lama siut!!!jumpa beberapa orang kat HQ yang aku kenal,dan aku terus ke bawah.lepak bawah pokok.tempat nya redup tapi banyak nyamuk serta panas.tapi takpe,janji ada tempat aku nak lepak dan main komputer.tak lama lepas tu boss aku turun dan terus balik melaka.sampai melaka dah pukul 5.00pm.masuk office sekejap dan terus balik rumah.letih siut!!
Hari khamis&jumaat takde kemana mana.cuma buat kerja kat office je.tapi sibuk jugak,kena uruskan macam2 hal.oklah sampai disini sahaje aku merapu,lain kali kita sambung ok.
Bye semua
Sibuk ker?...apa email gmail kau Poi..Semoga kesibukan kau boleh menambah baikkan lagi peluang kejaya kau di PMSB. Pergi outing ke kuantan tak?..mesti happy punya...aku gak yang outing jauh dekat sini..hahahaaa..
ReplyDeletesehingga berjumpa lagi.