Friday, July 3, 2009

SUMBER REZEKI




Asskum semua

Kali ini ingin berceritakan tentang sumber rezeki aku selain gaji dari perkerjaan tetap aku.ini lah kenderaan yang memberikan aku pendapatan sampingan selain dari gaji aku.bermula dari sebuah lori dan sekarang dah ada 4 lori,alhamdulilah.tapi aku cuma dapat tunjuk 3 saja.sebab yang satu lagi ada kat bengkel tengah repair nak masuk puspakom.lori2 ni banyak berjasa pada aku.bagaimana aku begitu???sebab lori2 ni kerja2 nya mengangkut buah kelapa sawit dari ladang ke kilang memproses sawit ni.kenderaan ni semua dikawal selia oleh ayah aku sendiri,ayah aku akan memastikan kenderaan ni berjalan dengan lancar.dari kerosakan,minyak,puspakom DLL.aku akan memerhati dari jauh je.sebab ayah aku lebih berpengalaman dari aku.yelah dari muda dia jadi pemandu.jadi pemandu yang dibawah selian ayah aku tak boleh nak kelentong dengan ayah aku ni,termasuk aku sendiri.aku hanya menjaga kewangan nya sahaja.yang lain aku kurang arif.sesekali kalau aku balik kampung aku akan ganti mana2 pemandu yang ingin bercuti rehat.ada ke patut boss kena pandu hahahaha.takpe dah jadi kebiasaan bagi aku,mereka pun nak berehat jugak.sebab bawak lori cuti tak menentu cuti nya.kalau time buah sawit tengah banyak tak menang tangan di buatnya.ada yang balik pkl 7pm pun pernah.tapi tak selalu lah.biasanya sebelum plk 5pm dah habis dah.dari kerja2 ni lah terhasilnya duit sewa lori.inilah yang aku katakan sumber rezeki aku dan seluruh keluarga aku..

Selain dari kerja2 mengangkut sawit,ada jugak kerja2 lain,seperti:mengangkat barang pindah,anak sawit,getah beku dan khemah rumah kenduri.selain tu kekadang ada jugak mengangkat baja garam dari melaka ke n.sembilan dan ada jugak orang sewa nak bawak lembu atau kambing.semuanya ayah aku sapu.rezeki beb!!!tapi ini semua dengan izin tuhan yang maha esa dan anugerah dari kegagalan.dulu aku dan ayah aku pernah kecundang,sekarang bangkit balik..setakat ni alhamdulilah.rezeki masih ada.syukur amin..sekian.bye n salam..

2 comments:

  1. Alhamdullilah...Semua rezeki diberi oleh NYA, semoga kita selalu mengingati Nya. Bukan shj semasa kita susah tetapi semasa kita senang...semoga dimurahkan rezeki lagi. Amin.

    ReplyDelete
  2. aminnn..rezeki tgh murah ni.rezeki yg dpt ni, biar la di belanjakan pada jalan yg baik.mungkin perlu zakat ni..

    ReplyDelete