Wednesday, July 1, 2009

30 JUNE 2009 JAM 3.00PM

Asskum semua..

Terharu pulak aku bila rakan2 sekerja meraikan hari jadi aku kat satff room jam 3.00pm.tak sangka pulak aku,bukan apa selama aku berkerja kat plant ni(hampir 9 tahun)tak pernah aku diraikan begini.ini pertama kali.terima kasih para2 sahabat semua.walaupun hanya berhidangkan sebuah kek,tapi ianya tetap meriah.apa yang aku tahu kek ni telah di sponsor oleh tukang kebun aku ni(maniam) dan yang tukang beli adalah hassim.sesungguhnya aku memang tak tahu menahu pun dia org semua nak sambut hari jadi aku.walaupun aku agak ianya mungkin satu kebetulan,tapi aku gembira & ianya bermakna sangat.gelak tawa,gurau senda&tak kurang ada yang bergaduh itu semua memeriah kan majlis,walaupun secara sederhana.aku kenang sampai ke akhir hayat.semangat setia kawan rupanya masih utuh lagi kat BRI.terima kasih semua nya aku ucapkan.

Sebelah malam pula

Selepas habis waktu berkerja pkl 5.00pm,aku terus ke dewan tanjung minyak untuk tunai kewajipan untuk negara.hehehehe.main badminton lah.main sampai pkl 6.30pm.berbual sekejap dengan najmul & terus beredar balik ke rumah.sampai rumah siap2 untuk balik ke kampung.aku cuti pada 1julai09.mak aku ada buat majlis bacaan yassin.jadi aku kena balik kampung lah.bertolak dari melaka pkl 7.30pm.aku memandulah dengan senang hati.memandu perlahan je.sewaktu dalam perjalanan isteri aku sms sekarang aku berada kat mana,aku cakaplah baru sampai alor gajah.(sebelum tu aku dah hantar isteri aku balik kampung pada hari ahad petang).pkl 9.00pm aku baru sampai spg pertang.bunyi lagi hp aku.kali ini perkerja ayah aku(din)yang call guna hp isteri aku.tanya lagi kat mana???aku cakap lah kat spg pertang.aku tertanya tanya lah kenapa dia orang asik tanya aku kat mana & dimana.aku pun tingkatkan kelajuan kereta aku untuk sampai rumah cepat.sampai rumah rupanya family&perkeja2 ayah aku nak menyambut hari jadi aku.bodek aku lah ni hehehehe.patutlah beriya iya tanya aku kat mana&di mana.kira nya satu kejutan jugak buat aku.demi allah aku memang tak tahu perkara ni.kalau aku tahu takdelah aku melambat lambat kan perjalanan.susah2 je mereka semua tunggu aku.ada yang dah tertidur.kasihan mereka.besoknya nak pergi kerja lagi.apa pun aku ucapkan ribuan terima kasih pada semua terutama mak,ayah,isteri,adik beradik,anak2&anak2 buah aku.saya sayang kamu semua.kepada boss(ahbond2020)terima kasih kerana sudi menyanyikan lagu selamat hari jadi untuk aku hahahaha,walaupun jauh dinegara orang.kepada tariq terima kasih juga aku ucapkan.insyallah tahun hadapan kita berjumpa lagi.amin..

No comments:

Post a Comment