Friday, October 9, 2009

GERAMNYA AKU!!!!!

Assalamualaikum..

Geram yang aku maksudkan ini adalah pasal kesesakkan jalan raya yang amat teruk sekali berlaku tadi di lebuhraya sg besi KL.Hari ni aku ditakdirkan ikut boss aku pergi ke UM KL.macam biasalah jumpa client minta hutang lama.semasa pergi semuanya berjalan dengan lancar,nak cari tempat pun ok,tak sesat,ada juga kesesakan jalan raya lepas tol sg besi tapi tidak lah teruk,masih bergerak.jumpa client pun ok tak marah2 macam biasa yang aku jumpa.tengok statement terus je nak bayar,fuh!!!lega rasanya,tak payah nak follow up lagi.

Tapi yang buat aku geram masa nak perjalanan balik,berlaku kesesakan jalan raya yang teruk sekali.dari desa petaling hingga dah nak sampai tol sg besi.bayangkan aku terperangkap hampir 1 1/2jam kat jalan tu.dari pukul 11am hingga pkl 12.30pm.mahu aku tak geram.sebelum ni aku dengar je orang cakap,masuk je KL jalan sesak.tapi hari ni aku rasakan sendiri.sampai masuk dalam radio sinar,DJ tu cakap,ramai org marah2 sebab jalan sesak,nasib baik kereta boss aku ok,air cond ok,suhu panas ok,kalau tak macam ikan sardin lah aku.

Aku dengan boss kau ingatkan lah ada kemalangan jalanraya ke atau ada kereta rosak kat tengah jalan ke,sebab masa dalam kesesakkan ada ambulan lalu diikuti dengan kereta polis.bila aku hampir sampai tempat tu ,rupanya pihak berkuasa buat sekatan jalanraya.tu yang buat aku geram tu.tapi nak buat macamana,dah kerja mereka kan,nasib baiklah sekejap2 tu je hujan turun dengan lebat sekali.betul2 kat tempat mereka buat sekatan jalan tu.terus mereka angkat barang2 apa yang patut dan terus beredar dari situ.yang aku hairan tu hujan hanya kat tempat mereka buat sekatan jalan tu,sebab lepas je aku dari sekatan tu hujan dah berhenti hehehehe.aku ingatlah kalau tak hujan lah mungkin sampai petang tu jalan sesak.lepas tu semua jalan ok macam biasa.singgah kat R&R seremban kejap lepas tu terus pulang sampai melaka.tapi masa dalam perjalanan nak sampai melaka aku masih dengar DJ sinar fm bagi tahu kesesakan masih belum reda lagi.biarlah janji aku dah sampai melaka hahahaha.harap2 lepas ni kalau aku pergi KL tak akan kena lagi,kalau kena lagi,taubat aku nak masuk KL.

2 comments:

  1. Itulah reality kehidupan orh KL dan itulah yang mereka sering hadapi. Mungkin ini pekara biasa dan sering mereka hadapi dan perasaan marah mungkin tiada atau sudah berkurangan tetapi yang jarang-jarang masuk KL pasti...berhati panas...

    Okaylah sehingga berjumpa lagi. Bye n salam

    ReplyDelete
  2. standard la koi.sbb tu aku x suka g KL tu.banyak buang masa kat atas jalan jer.dh la jem,duk satu kete dgn bos ko lak tu,hehe..azab...

    ReplyDelete