Tuesday, October 6, 2009

RUMAH TERBUKA

Assalamualaikum

Sebenarnya banyak benda yang aku nak coret kat dalam blog ni.entah kenapa sejak akhir2 ni aku malas betul nak menulis kat blog ni.macam2 kejadian dan peristiwa aku nak cerita kan kat sini.contohnya baru2 ni aku ada buat rumah terbuka kat rumah aku.aku cerita lah sikit.aku buat rumah terbuka pada 03/10/09 start jam 7.30pm.asalnya aku nak buat pada hari rabu 30/09/09,sebab aku nak buat kecil kecilan je.aku cuma nak ajak rakan2 sekerja aku je dan jiran tetangga.tapi setelah berbincang dengan mak&ayah aku,mereka kata suruh aku buat pada hari sabtu malam sebab mereka nak semua saudara mara aku datang sekali.jadi aku ikutlah.kalau tak ikut nanti susah lah pulak,sebab yang tukang masak mak & ayah aku.

Maka bermulah aktiviti aku untuk menyediakan bahan2 dan persiapan.aku bangun tidur seawal jam 5am,aku dan ayah aku pergi ke pasar borong untuk mencari bahan2 di buat juadah para tetamu.macam2 ada untuk dijadikan juadah antaranya:
1.sate ayam/daging
2.ketupat
3.rendang ayam
4.masak lodeh
5.mihun goreng
6.sambal tumis
Semua makanan disediakan sendiri oleh keluarga aku tanpa menggunakan khimat katering,kami semua bergotong royong,penat ooo,tapi takpe janji semuanya berjalan lancar.sebenarnya keluarga aku ni lebih suka masak sendiri dari menggunakan catering.akhirnya semua siap seperti yang dirancang.tetamu yang paling awal sampai adalah imam ahmad,aku yang minta imam ahmad hadir cepat,sebab ingin meminta beliau bacakan doa sedikit.selepas itu bermulalah ketibaan para tetamu,hampir kesemua orang yang aku jemput sudi menghadiri diri di majlis rumah terbuka aku.ini kali pertama aku buat rumah terbuka sepanjang aku duduk di negeri melaka.aku pernah berjanji dalam diri aku,sekiranya aku mempunyai rumah sendiri,bukan rumah sewa,aku ingin buat rumah terbuka yang agak meriah,dihadiri sanak saudara,para sahabat,jiran tetangga dan yang sewaktu dengan nya.akhirnya termakbul jugak impian aku.terima kasih aku ucapkan kepada isteriku yang sanggup keluar pergi mencari barang2 keperluan dipasaraya ketika aku berkerja,kedua mak&ayah aku dan adik beradik yang bertungkus lumus membantu menjayakan majlis rumah terbuka aku.terima kasih jugak kepada pak su dan mak su aku yang turut membantu.

Aku risau jugak,manalah tahu mereka yang aku jemput tak datang pulak,yelah aku ni kalau nak dikatakan campur org tu tidaklah kan,takut jugak org tak datang,masak dah banyak,siapa nak makan tu,tapi alhamdullilah,hampir semua datang.

Disini aku mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya walaupun dah terlambat dan memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali diri aku andai kata ada kesalahan yang tidak disengajakan atau ada kata2 yang kurang sedap di dengari atau apa2 sajelah.kita manusia tidak lari dari membuat kesilapan.yang baik tu datang dari NYA dan yang tak baik adalah kelemahan aku.aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang hadir ke majlis rumah terbuka aku.mana yang tak dapat datang tu,insyallah kalau dimurahkan rezeki,dipanjang kan usia tahun depan kita berjumpa lagi.amin.

2 comments:

  1. Bestnye...Maaf Poi, aku lupa nak bagitahu dengan Wife aku mengenai rumah terbuka kau...Semoga apa yang dirancang menjadi reality.
    Ramai ker yang dtg...My sifu datang ker?..Sehingga berjumpa lagi bye n salam.
    Aku juga ingin memohon maaf dengan kau sekiranya ader salah dan silap. Halal Bi Halal..bye n salam

    ReplyDelete
  2. Ramai jgk yg dtg boss,tak menang tangan aku.barulah aku tahu macamana penatnya nak layan tetamu.Mr sifu dtg boss,dgn mr kadir n family.yang best plk tu lepas je selesai,mr sifu balik 1 kereta dgn jr.hehehe.mr kadir balik dgn family dia.sama2 lah boss,aku pun nak minta maaf dgn boss,apa yang patutlah.

    ReplyDelete