Friday, October 23, 2009

LUAHAN HATI 24/10/09

Sekarang aku dah memilih untuk bermain badminton dengan pasukan lain.dah tiba masanya aku mengorak langkah ke tempat yang lain.aku dah tak boleh harapkan untuk bermain dengan kelab badminton BRI lagi.kelab BRI masih diteruskan lagi.cuma sejak akhir2 kedatangan amat2 mengecewakan aku.tapi tak semua.sekarang aku dah buat untuk bermain seminggu sekali je.itu pun ada yang liat nak datang bermain jugak.jadi aku fikir elok lah aku mencari destinasi lain sebelum berkuburnya kelab BRI.ada jugak orang datang jumpa aku untuk bermain dengan aku,tapi janji tinggal janji.semuanya datang dan pergi,tiada yang kekal.yang kekal hanyalah 5 orang je.itu sebab bila salah seorang atau 2 orang tak datang game tak dapat diteruskan.masalah ini lah yang selalu aku hadapi.lepas tu suka tarik diri saat akhir2,kadang kala tu aku dah sampai dewan dah baru tahu dia orang tak main sebab ada hal.tak kecewanya aku tu..

Lepas ni aku pun dah malas nak layan lagi kerenah pemain2 ni lagi.kalau cukup orang main,kalau tak cukup tak payah main,habis cerita.dah penat dah.walhal yuran 1sen aku dah tak minta lagi,sebab dah ditaja oleh seseorang.

Tapi tak semua pemain yang buat perangai.kepada yang selalu hadir bermain bersama sama aku,aku ucapkan ribuan terima kasih.kepada mr kadir(MJ) selamat datang aku ucapkan.kehadiran anda dialu alukan.tapi tak lah sampai bila kadir ni boleh bertahan.dari segi reaksi macam nak main lama.jadi aku harap berkekalan lah.

Ni ada satu lagi ni pasal badminton jugak,dengar aku sahabat aku bercadang nak anjurkan kejohanan badminton tertutup pantai medivest,bunyi dah gempak ni,bila lah nak mula ni.aku harap ianya akan menjadi kenyataan,sejarah tu.aku sokong 100percent bab bab ni.

Friday, October 9, 2009

GERAMNYA AKU!!!!!

Assalamualaikum..

Geram yang aku maksudkan ini adalah pasal kesesakkan jalan raya yang amat teruk sekali berlaku tadi di lebuhraya sg besi KL.Hari ni aku ditakdirkan ikut boss aku pergi ke UM KL.macam biasalah jumpa client minta hutang lama.semasa pergi semuanya berjalan dengan lancar,nak cari tempat pun ok,tak sesat,ada juga kesesakan jalan raya lepas tol sg besi tapi tidak lah teruk,masih bergerak.jumpa client pun ok tak marah2 macam biasa yang aku jumpa.tengok statement terus je nak bayar,fuh!!!lega rasanya,tak payah nak follow up lagi.

Tapi yang buat aku geram masa nak perjalanan balik,berlaku kesesakan jalan raya yang teruk sekali.dari desa petaling hingga dah nak sampai tol sg besi.bayangkan aku terperangkap hampir 1 1/2jam kat jalan tu.dari pukul 11am hingga pkl 12.30pm.mahu aku tak geram.sebelum ni aku dengar je orang cakap,masuk je KL jalan sesak.tapi hari ni aku rasakan sendiri.sampai masuk dalam radio sinar,DJ tu cakap,ramai org marah2 sebab jalan sesak,nasib baik kereta boss aku ok,air cond ok,suhu panas ok,kalau tak macam ikan sardin lah aku.

Aku dengan boss kau ingatkan lah ada kemalangan jalanraya ke atau ada kereta rosak kat tengah jalan ke,sebab masa dalam kesesakkan ada ambulan lalu diikuti dengan kereta polis.bila aku hampir sampai tempat tu ,rupanya pihak berkuasa buat sekatan jalanraya.tu yang buat aku geram tu.tapi nak buat macamana,dah kerja mereka kan,nasib baiklah sekejap2 tu je hujan turun dengan lebat sekali.betul2 kat tempat mereka buat sekatan jalan tu.terus mereka angkat barang2 apa yang patut dan terus beredar dari situ.yang aku hairan tu hujan hanya kat tempat mereka buat sekatan jalan tu,sebab lepas je aku dari sekatan tu hujan dah berhenti hehehehe.aku ingatlah kalau tak hujan lah mungkin sampai petang tu jalan sesak.lepas tu semua jalan ok macam biasa.singgah kat R&R seremban kejap lepas tu terus pulang sampai melaka.tapi masa dalam perjalanan nak sampai melaka aku masih dengar DJ sinar fm bagi tahu kesesakan masih belum reda lagi.biarlah janji aku dah sampai melaka hahahaha.harap2 lepas ni kalau aku pergi KL tak akan kena lagi,kalau kena lagi,taubat aku nak masuk KL.

Tuesday, October 6, 2009

RUMAH TERBUKA

Assalamualaikum

Sebenarnya banyak benda yang aku nak coret kat dalam blog ni.entah kenapa sejak akhir2 ni aku malas betul nak menulis kat blog ni.macam2 kejadian dan peristiwa aku nak cerita kan kat sini.contohnya baru2 ni aku ada buat rumah terbuka kat rumah aku.aku cerita lah sikit.aku buat rumah terbuka pada 03/10/09 start jam 7.30pm.asalnya aku nak buat pada hari rabu 30/09/09,sebab aku nak buat kecil kecilan je.aku cuma nak ajak rakan2 sekerja aku je dan jiran tetangga.tapi setelah berbincang dengan mak&ayah aku,mereka kata suruh aku buat pada hari sabtu malam sebab mereka nak semua saudara mara aku datang sekali.jadi aku ikutlah.kalau tak ikut nanti susah lah pulak,sebab yang tukang masak mak & ayah aku.

Maka bermulah aktiviti aku untuk menyediakan bahan2 dan persiapan.aku bangun tidur seawal jam 5am,aku dan ayah aku pergi ke pasar borong untuk mencari bahan2 di buat juadah para tetamu.macam2 ada untuk dijadikan juadah antaranya:
1.sate ayam/daging
2.ketupat
3.rendang ayam
4.masak lodeh
5.mihun goreng
6.sambal tumis
Semua makanan disediakan sendiri oleh keluarga aku tanpa menggunakan khimat katering,kami semua bergotong royong,penat ooo,tapi takpe janji semuanya berjalan lancar.sebenarnya keluarga aku ni lebih suka masak sendiri dari menggunakan catering.akhirnya semua siap seperti yang dirancang.tetamu yang paling awal sampai adalah imam ahmad,aku yang minta imam ahmad hadir cepat,sebab ingin meminta beliau bacakan doa sedikit.selepas itu bermulalah ketibaan para tetamu,hampir kesemua orang yang aku jemput sudi menghadiri diri di majlis rumah terbuka aku.ini kali pertama aku buat rumah terbuka sepanjang aku duduk di negeri melaka.aku pernah berjanji dalam diri aku,sekiranya aku mempunyai rumah sendiri,bukan rumah sewa,aku ingin buat rumah terbuka yang agak meriah,dihadiri sanak saudara,para sahabat,jiran tetangga dan yang sewaktu dengan nya.akhirnya termakbul jugak impian aku.terima kasih aku ucapkan kepada isteriku yang sanggup keluar pergi mencari barang2 keperluan dipasaraya ketika aku berkerja,kedua mak&ayah aku dan adik beradik yang bertungkus lumus membantu menjayakan majlis rumah terbuka aku.terima kasih jugak kepada pak su dan mak su aku yang turut membantu.

Aku risau jugak,manalah tahu mereka yang aku jemput tak datang pulak,yelah aku ni kalau nak dikatakan campur org tu tidaklah kan,takut jugak org tak datang,masak dah banyak,siapa nak makan tu,tapi alhamdullilah,hampir semua datang.

Disini aku mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya walaupun dah terlambat dan memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali diri aku andai kata ada kesalahan yang tidak disengajakan atau ada kata2 yang kurang sedap di dengari atau apa2 sajelah.kita manusia tidak lari dari membuat kesilapan.yang baik tu datang dari NYA dan yang tak baik adalah kelemahan aku.aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang hadir ke majlis rumah terbuka aku.mana yang tak dapat datang tu,insyallah kalau dimurahkan rezeki,dipanjang kan usia tahun depan kita berjumpa lagi.amin.