Assalamualaikum..
Masih ada lagi ke manusia kat dunia ni yang bila hutang tak bayar atau lambat bayar akan menggunakan kata2 berbaur ugutan atau gertak untuk mendapatkan duitnya semula.dah lama tak jumpa manusia sebegini lagi kat dunia ni.kalau ada yang berhutang pun yang bagi pinjam tu diam je,dan akan cakap"cukuplah sekali ni,lepas ni jangan harap kau nak merasa duit aku lagi" itu saje yang akan diungkap oleh orang bagi pinjam.inilah jugak ayat akan digunakan orang sekeliling aku.tapi cerita ni bukan lah cerita bab pinjam meminjam duit,tapi cerita pasal duit sewa bulanan sewa rumah.tapi duit jugak kan.
Ceritanya begini,awal tahun ni paksu aku minta tolong aku untuk cari perkerjaan dan sewa rumah sekali,jadi aku cari kan lah kerja dan rumah.dapatlah kerja dan rumah.rumahnya aku dapat kat taman berXXX.pasal kerja dah ok.cuma pasal rumah.bukan apa rumah ni kecil je,tapi nak minta sewa sampai rm300 sebulan.alasan tuan rumah tu memang tak nak sewa kan rumah lagi.kalau nak sewa jugak bayaran bulanan mesti rm300 sebulan,senang je cerita kalau tak nak sewa kenapa letak kan iklan kat pintu pagar rumah untuk di sewa.tapi aku nak macamana,aku takde pilihan lagi,cerita punya cerita akhirnya dapat lah jugak rm240 sebulan.bulan pertama,kedua ok,masuk bulan ketiga paksu aku terlewat bayar,sebab gaji lewat di bayar oleh majikan.lewat pun bukan sampai 1minggu,cuma 3hari je.tapi tuan rumah punya marah,macam2 dia cakap.jangan main2 dengan dia sebab dia orang negeri Mxxxxx,wah ni dah lain macam TM ni aku cakap dalam hati aku.takpe aku cuma fikir mungkin masa tu dia memerlukan duit kot.nak ikutkan aku takde mengena lagi,sebab aku dah settle kan semua dengan TM.tapi bila pak su bayar rumah lewat dia akan hantar sms bercakap macam2,dan turut hantar kat hp aku sekali.jadi nak tak nak aku pun terlibat juga.untuk menutup mulut TM aku gunakan duit aku dulu.dah banyak kali perkara sebegini berlaku.aku diam kan sahaja.tapi kemuncaknya aku dah hilang sabar dengan kerenah TM ni.macam budak2 bila nak minta duit sewa rumah,macam paksu aku tu hutang 2 atau 3ribu je.sampai nak bergaduh dan nak halau menghalau dari rumah.tapi kalau itu terjadi,aku pasti akan ada perkara yang tak elok akan berlaku.kalau aku ni,aku yang dulu mungkin aku sahut cabaran TM,tapi aku tak mahu.aku masih waras lagi,walaupun berbagai kata2 yang tak sedap di dengar di telinga aku aku pekak kan je.aku masih waras untuk aku bertindak yang bukan2.TM call aku tak jawab,sms aku tak balas.aku dah malas nak bertengkar,bertegang urat untuk mengatakan mana yang benar dan mana yang salah.itu bukan aku.
Last aku jumpa pak su,aku cakap"takpelah paksu kita keluar je dari rumah ni,kita cari rumah lain,takpe biarlah orang buat kita jangan kita buat orang.kita ni berdagang kat tempat orang,cari makan kat tempat orang,kena jaga adab"akhirnya dengan pantas aku pun mencari rumah lain,allah tu maha adil,dengan mudah aku dapat sebuah rumah kampung di kawasan bri.tanpa banyak bertanya oleh TM baru tu terus bagi aku kunci rumah.sewa pun agak murah juga rm150 sebulan.yelah rumah kampung.tapi takpe janji ada rumah buat menumpang teduh.terima kasih tuhan kerna permudahkan perjalanan hidup hamba mu ini.
Kalau nak di ikutkan aku tak perlu bersusah payah untuk buat semua ni,tapi demi sikap ambil berat dan yang aku tolong bukan orang lain darah daging aku jugak,aku sanggup harungi juga.mudah mudahan rezeki aku murah di dunia ini.cuma aku tak sangka TM yang lama tu dulu pada pandangan aku sangat berhemah dan berbudi tinggi.tapi tak sangka sebaliknya pulak.tapi biarlah dia dengan dunia dia.yang penting semua dah settle.pak su aku pun dah pindah kat rumah baru.aku tak berniat nak buruk kan sesiapa.entry kali ni cuma luahan hati aku je.sampai disini sahaja.
Biasalah tu..rambut sama hitam hati lain2...Senang jer..yang memberi hutang takan msikin dan yang menerima hutang takan kaya...
ReplyDeletesehingga berjumpa lagi.
Amin
biasa la, aku x terkejut sgt. manusia ni bila masuk bab duit ni mmg boleh berubah...
ReplyDelete