Friday, August 14, 2009

LUAHAN HATI DARI AKU 15/08/09

Assalamualaikum..

Masih ada lagi ke manusia kat dunia ni yang bila hutang tak bayar atau lambat bayar akan menggunakan kata2 berbaur ugutan atau gertak untuk mendapatkan duitnya semula.dah lama tak jumpa manusia sebegini lagi kat dunia ni.kalau ada yang berhutang pun yang bagi pinjam tu diam je,dan akan cakap"cukuplah sekali ni,lepas ni jangan harap kau nak merasa duit aku lagi" itu saje yang akan diungkap oleh orang bagi pinjam.inilah jugak ayat akan digunakan orang sekeliling aku.tapi cerita ni bukan lah cerita bab pinjam meminjam duit,tapi cerita pasal duit sewa bulanan sewa rumah.tapi duit jugak kan.

Ceritanya begini,awal tahun ni paksu aku minta tolong aku untuk cari perkerjaan dan sewa rumah sekali,jadi aku cari kan lah kerja dan rumah.dapatlah kerja dan rumah.rumahnya aku dapat kat taman berXXX.pasal kerja dah ok.cuma pasal rumah.bukan apa rumah ni kecil je,tapi nak minta sewa sampai rm300 sebulan.alasan tuan rumah tu memang tak nak sewa kan rumah lagi.kalau nak sewa jugak bayaran bulanan mesti rm300 sebulan,senang je cerita kalau tak nak sewa kenapa letak kan iklan kat pintu pagar rumah untuk di sewa.tapi aku nak macamana,aku takde pilihan lagi,cerita punya cerita akhirnya dapat lah jugak rm240 sebulan.bulan pertama,kedua ok,masuk bulan ketiga paksu aku terlewat bayar,sebab gaji lewat di bayar oleh majikan.lewat pun bukan sampai 1minggu,cuma 3hari je.tapi tuan rumah punya marah,macam2 dia cakap.jangan main2 dengan dia sebab dia orang negeri Mxxxxx,wah ni dah lain macam TM ni aku cakap dalam hati aku.takpe aku cuma fikir mungkin masa tu dia memerlukan duit kot.nak ikutkan aku takde mengena lagi,sebab aku dah settle kan semua dengan TM.tapi bila pak su bayar rumah lewat dia akan hantar sms bercakap macam2,dan turut hantar kat hp aku sekali.jadi nak tak nak aku pun terlibat juga.untuk menutup mulut TM aku gunakan duit aku dulu.dah banyak kali perkara sebegini berlaku.aku diam kan sahaja.tapi kemuncaknya aku dah hilang sabar dengan kerenah TM ni.macam budak2 bila nak minta duit sewa rumah,macam paksu aku tu hutang 2 atau 3ribu je.sampai nak bergaduh dan nak halau menghalau dari rumah.tapi kalau itu terjadi,aku pasti akan ada perkara yang tak elok akan berlaku.kalau aku ni,aku yang dulu mungkin aku sahut cabaran TM,tapi aku tak mahu.aku masih waras lagi,walaupun berbagai kata2 yang tak sedap di dengar di telinga aku aku pekak kan je.aku masih waras untuk aku bertindak yang bukan2.TM call aku tak jawab,sms aku tak balas.aku dah malas nak bertengkar,bertegang urat untuk mengatakan mana yang benar dan mana yang salah.itu bukan aku.

Last aku jumpa pak su,aku cakap"takpelah paksu kita keluar je dari rumah ni,kita cari rumah lain,takpe biarlah orang buat kita jangan kita buat orang.kita ni berdagang kat tempat orang,cari makan kat tempat orang,kena jaga adab"akhirnya dengan pantas aku pun mencari rumah lain,allah tu maha adil,dengan mudah aku dapat sebuah rumah kampung di kawasan bri.tanpa banyak bertanya oleh TM baru tu terus bagi aku kunci rumah.sewa pun agak murah juga rm150 sebulan.yelah rumah kampung.tapi takpe janji ada rumah buat menumpang teduh.terima kasih tuhan kerna permudahkan perjalanan hidup hamba mu ini.

Kalau nak di ikutkan aku tak perlu bersusah payah untuk buat semua ni,tapi demi sikap ambil berat dan yang aku tolong bukan orang lain darah daging aku jugak,aku sanggup harungi juga.mudah mudahan rezeki aku murah di dunia ini.cuma aku tak sangka TM yang lama tu dulu pada pandangan aku sangat berhemah dan berbudi tinggi.tapi tak sangka sebaliknya pulak.tapi biarlah dia dengan dunia dia.yang penting semua dah settle.pak su aku pun dah pindah kat rumah baru.aku tak berniat nak buruk kan sesiapa.entry kali ni cuma luahan hati aku je.sampai disini sahaja.

TEWAS

Assalamualaikum..

Nak di jadikan cerita pada 05/08/09 jam 8.00pm team badminton aku ada perlawanan persahabatan dengan team bacang.team aku tewas teruk.sebanyak 5 regu di turunkan semuanya tewas termasuk aku sendiri.permulaan mula agak baik,tapi kecundang saat akhir.apa boleh buat,team yang aku lawan bukan calang2 orang.penuh pengalaman.sebab dia dah biasa pergi ke tempat orang,dan pada fikiran aku dia orang agak hebat jugak.tapi dah cuba menentang habis habisan dah.sampai bawa ke rubber game.terlalu banyak buat kesilapan ini lan padahnya.atau mungkin gugup kot??tapi takpe aku akan bertandang selepas raya ke tempat mereka.aku akan membuat percaturan yang terbaik buat team aku kali ni.kalau kalah pun sekurang kurang nya aku nak 2 mata dibawa balik dari sana.insyallah.rakan2 semua doakan aku.

Biasalah adat pertandingan mesti yang kalah dan menang.aku akan ambil kekalahan ni sebagai satu cabaran untuk aku membentuk dan mencorak team baru yang mantap.barulah tak kena 5-0.yang penting semua pemain2 mesti selalu datang training,ini pun salah satu punca kekalahan jugak.yelah training kurang macamana nak serasi dengan pasangan masing2.bila aku tanya kau ok ke main dengan dia ni???semua akan cakap,boleh aku dengan sesape pun boleh..tapi bila masuk gelanggang main semua hancur.tapi aku dengan pasangan aku(tariq) ok mantop.walaupun kalah,tetapi aku berpuas hati.begitu juga dengan malik dan ramdan pun memberikan persembahan terbaik mereka.tapi rezeki tak menyebelahi mereka.yang lain pun ok jugak,cuma agak hambar sedikit.kena lebih training sikit.baru ok.

oklah yang kalah tetap kalah dan yang menang tetap menang.adat pertandingan mesti ada yang kalah,kalau semua nak menang siapa pulak yang nak kalah.betul tak???
oklah aku blah dulu.

Wednesday, August 12, 2009

KURSUS INC BRI

Assalamualaikum

Entah kenapa sejak akhir2 ni,aku malas nak menulis kat blog ni.rugi pulak rasanya sebab banyak aktiviti aku tak masuk kat dalam ni.yelah kalau aku tulis dalam diari pun bukannya tertulis pun.berbeza dengan boss aku kat indon tu,bertalu talu entry dia masuk kat blog.oklah lupakan lah tentang malas aku ni.nanti aku rajin menulis ni.

Aku nak cerita sikit ni,semalam aku menghadiri kursus OJT CWMS@INCINERATOR.di adakan kat bri office.yang menghadiri kursus terdiri dari AA dari seluruh johor,mka&hq.kursus ni tentang inc&clinical waste.tenaga pengajar ialah tariq&nadira.orang cakap,aku sebenar nya tak payah masuk kursus pun,sebab aku dari orang inc.mungkin dia orang tak tahu aku dah lama tinggalkan inc ni.sejak aku dinaikkan untuk duduk office ni,aku kurang ambil tahu pasal perjalanan inc ni lagi.cuma aku menyediakan barang2 keperluan operasi je.dah banyak yang aku lupa pasal inc ni.tariq tanya aku apa dia nama inc kita ni??aku pun tak tahu,gelebah aku sekejap.sebab aku dah lupa.menyesal pulak aku tak ambil tahu.banyak yang telah aku lupa.sampaikan berapa bakar 1jam pun aku tak tahu jugak.yelah dulu lain sekarang dah lain.

Nak dijadikan cerita selepas kursus,petang tu ada ujian pulak.tertekan aku beb,nasib baik soalan nya senang,mudahlah aku nak menjawab.alah orang yang buat soalan pun bukan orang lain,kawan2 aku jugak.orang yang baik hati.tak kan dia nak tengok aku ni gagal kot,hahaha.pada tariq tolong letak markah aku 100%.malu beb kalau dapat markah sikit.buat ketawa dek orang je.sebab aku dari golongan inc jugak cuma tak bergelumang dengan waste je.nanti aku belanja apa2 yang patut kira rasuah lah ni hahahaha.jangan marah aku bergurau je.jujur beb..

Secara keseluruhannya aku happy lah dengan kursus.dapat jumpa rakan2 sekerja dari hospital,dapatlah berkenalan,walaupun masa outing tempoh hari dah kenal.kalau tak aku ni hanya dengar suara dia orang je.sekarang dah bersua muka.cuma kepada pengajar padatkan lah isi kandungan ceramah tu.tapi oklah.aku enjoy.oklah lain kali kita berjumpa lagi.