Tuesday, March 9, 2010

TAHNIAH..

Asslamulaikum..

Lama sangat rasanya aku tak mengupdate blog aku ni.bukan apa buzy sikitlah dengan tugas harian aku sekarang ni.
Aku nak bercerita sikit ni.kiranya berita gembiralah jugak.pada 06/03/2010 syarikat premier horizon(sub di hospital pmsb)membuat penganjuran pertandingan badminton,pemain terdiri dari kalangan pekerja PASB,APSB,PMSB,SJSB&PASB.aku kalau bab pasal badminton memang seronok aku nak citer.ceritanya begini,bila saje aku dapat tahu dari pihak PASB nak buat badminton game,aku dah mula cuba aturkan strategi aku,iaitu kalau boleh aku lah salah satu pasangan regu dari BRI mara sampai ke final dan kalau boleh biar menang sekali.sebab kalau dulu masa medivest cup pada hujung tahun 2009 yg berada di final terdiri regu dari PASB.sepatutnya mesti ada satu wakil medivest berada kat final.itu tak adil hehehe.apa boleh buat semua dah cuba yang terbaik..

Berbalik Pada rancangan aku tadi,bukan rancangan kotor tau.aku menyusun pasangan regu yang agak aku rasa berkebolehan.regu yang aku susun adalah:
1.shukur/tariq(Api Menjulang)
2.Ramdan/Aminuddin(Smash Power)
3.Malik/Hazmi(Smash Berantai,Gempak Beb nama kumpulan hahaha)
Ini adalah antara regu yang terbaik aku susun,dan akhirnya rancangan aku berjaya.regu smash power berjaya melangkah ke final dan sekali gus menjuarai pertandingan ini..gembiranya aku tuhan je yang tahu.smash power memang layak menang.sebab dari awal lagi dah nampak dah aura juara tu.sebab ramai yang berbisik kat aku yang regu ni memang sukar digugat..dia org terlalu bagus..itu aku tak peduli..selagi mereka tak menang,jangan gelar mereka juara.akhirnya mereka berjaya jugak.tahniah aku ucapkan.terima kasih belanja aku minum teh tarik.

Tapi sebelum mereka menang,bermacam macam halangan untuk aku pasangkan mereka berdua ni.awalnya semua nya berjalan dengan lancar.takde masalah apa apa pun.tapi pada pagi 05/03/10 tu aminuddin sms aku yang pengurusnya tak bagi cuti.kena kerja jugak.aku benganglah.sebab aku dah bagitahu suruh amik cuti awal2 lagi.bukan seminggu aku bagitahu,tapi 1 bulan setengah aku dah bagitahu.aku dah pening kepala.macamana aku nak buat ni.habis harapan aku.sebab untuk mata ke final memang aku harapkan mereka berdua ni.akhirnya aku call yusri(penganjur/PASB)untuk mencari ganti untuk ramdan.setelah berposak posak akhirnya dapat 1 budak untuk dipasangkan dgn ramdan.tetiba pulak si ramdan ni tak mahu pulak berpasangan dgn org lain.kalau boleh dia nak berpasangan dari kawan2 dari BRI jgk.aduh aku pening kepala.naik segan aku call yusri,setiap perubahan yang berlaku dari pihak BRI.akhirnya aku dan yusri sepakat kita tengok je lah nanti masa pendaftaran nanti.aku tak berputus asa lagi.aku cuba call amin malam tu lagi,bagi mendapatkan kepastian.akhirnya aku hampa.amin tetap tak dapat main.alangkah kecewanya aku.

Aku Cuma berharap akan ada keajaiban berlaku pada pagi tu 06/03/10,manalah tahu pengurus amin tu bagi plk cutikan.sape yang tahu ye tak??akhirnya keajaiban berlaku tepat pkl 9am,aku menerima call dari amin.mengatakan yg dia dah terlajak bangun tidur untuk pergi kerja.dia tanya nama dia masih ada lagi ke???aku terus aku cakap nama dia masih ada lagi,walhal aku dah bincang dengan yusri nama dia dah dipotong hehehe.hai kusut2 kepala aku ni.akhirnya dapat jugak amin bermain untuk BRI.
Sebelum tu plk pada pkl 8.15am,si ramdan plk call aku,bgtahu aku yang kereta dia rosak kat depan stadium hang jebat,alamak ai,pening kepala aku.aku call hazmi suruh tgk2 kan kereta dia.nasib baik hazmi baru keluar rumah.tapi malangnya hazmi tak jumpa plk ramdan kat mana.aku dah berputus asa,undian plk dah keluar..ah lantaklah,apa nak jadi,jadilah.aku dah give up.kalau ada main lah,kalau takde tak yah bermain.akhirnya nasib menyebelahi,sebelum bermulanya pertandingan pkl 10am,mereka dapat berkumpul jgk.bermain dengan baik dan terus menjuarai kejuaraan tanpa banyak halangan dari pihak lawan.semuanya menang dengan strait set.
Api menjulang plk sapa sangka,dengan takde latihan hampir sebulan,tup tup dapat juara kumpulan B,dan masuk peringat suku akhir.tapi kalah dengan regu dari batu pahat(kelana Team).apa apa pun aku dan tariq dah cuba yang terbaik.cabaran Smash berantai plk hanya berakhir ke peringat kumpulan je.tapi takpe sekurang kurang semuanya dah cuba yang terbaik..
Disini aku nak ucapkan sekalung tahniah pada pihak penganjur kerana menyediakan tempat yang agak bagus.ada tempat makan tu yang bagus tu.dapat rilek2 sikit kat kantin tu.harap2 tahun depan adalah lagi acara sebegini lagi.

sehingga berjumpa lagi..

1 comment:

  1. Tahniah...akhirnya MENANG gak dari group BRI..yahoooooooooooooooo...

    ReplyDelete