Friday, May 29, 2009

CERITA DARI AKU

asskum semua...

Aku nak citer sikit ni,pasal semalam(28/05/09).setelah aku selesai hantar anak & isteri aku blk rumah(sebelum tu hantar pg klinik KK) aku pun dengan kelam kabut terus ke office,maklum lah ada orang sedang tunggu kat office(boss aku),dia nak pinjam kereta syarikat.sampai office aku pun keluarkan kunci&kad minyak.ni yang buat aku buat cemas seketika ni.kad yang aku pegang hilang.habis aku.habis tempat semua aku selongkar tapi tak jumpa,call wife kat rumah pun takde jugak.manalah tau kot2 aku terletak kat dalam poket seluar atau baju ke.tapi hampa.aku tiada pilihan lagi selain kena report kat finance manager(boos aku jugak).tapi aku pelik kenapa beliau tersenyum sebaik aku bagitau yang kad minyak dah hilang.rupanye dia dah jumpa kad tu dulu sebelum aku jumpa.maklum lah aku pun masuk office dah pkl10 am.apa lagi kena ceramahlah macam2 kena leter.tapi takpe boss aku ni baik orangnye.ampun boss & terima kasih.

NOTE:jangan alpa&cuai dengan kepercayaan& amanah yang diberikan.aku pasti tak akan mengulanginya lagi.....

Sekian dari aku.

Wednesday, May 27, 2009

CERITA DARI AKU

Assalamualaikum semua

Aku nak cerita sikit ni pasal boss aku ni(ahbond2020),berat badan tak seberapa,tapi semangat nak pg jogging macam berat badan 200kg pulak.tapi takpe semangat mesti ada nak turun kan berat badan..tapi jangan hangat2 tahi ayam sudah lah..jangan plk mengeluh sakit sana sakit sini hehehe...maklum lah kita dah biasa main badminton je.mana biasa jogging2 ni.

Friday, May 22, 2009

CERITA DARI AKU

Assalamualaikum semua...

Pada 03.04.09 tempoh hari genaplah usia perkahwinan aku yg ke 4 tahun.dalam x sedar
sekejap rasanye dah 4 tahun.macam x percaya.dalam pada itu aku dikurniakan 2 cahaya mata,1 perempuan&1 lg lelaki.yang pertama perempuan(nurin balqis) dah 3 tahun lebih.yang kedua tentulah lelaki(hilman haikal) dah hampir 2 tahun.sepasang beb..alhamdullilah.permata dari NYA yg tak ternilai buat aku&isteri.pada 16.04.09 bulan lepas hari lahir anak perempuan ku yg ke 3tahun,dah besar dah anak ayah.sempat jugalah aku bwk anak2 aku ke port dickson mandi manda& pergi jalan2.hilang sudah penat lelah aku bekerja,pabila melihat anak2 aku ketawa riang &gembira,dapat mandi laut&main pasir.insyallah,ada rezeki nanti ayah bawa lagi kalian
pergi mandi laut.tak boleh selalu2 nanti kulit hitam.hahaha.

Buat isteri ku(mas ayu bte muhamad)juga permata dari NYA, terima kasih kerna sudi berkongsi hidup dengan ayah susah& senang..terima kasih jugak kerna menjaga kedua dua anak kita yang sedang membesar & sangat lasak,menguruskan rumahtangga.tak terbalas rasanya budi baik ibu.semoga allah membalas.inilah kebahagiaanku.terima kasih ALLAH.

Sekian Wasalam

Wednesday, May 20, 2009

Tiada Ilham Nak Menulis

Sekian lama aku tak menjengah kat blog aku ni.bukan malas tapi tiada ilham nak menulis..orang kata dalam menulis ni kena jujur,nilah yg aku jujur ni.sebab takde ilham nak menulis ni.ilham tolong lah aku.aku bukan macam boss aku(ahbond2020).beliau terlalu kretif dalam bidang penulisan ni.semoga aku di anugerah kan ilham.sekian....

Wednesday, May 6, 2009

Kata-kata aluan

A'kum dan salam sejahtera
Aku umpama budak mentah lagi di dalam dunia blog ini. blog ini sendiri, diterbitkan atas bantuan kawan aku, yg nama blog nya balrog6677. terima kasih banyak2.harap selepas ini, aku akan rajin menulis blog ini untuk meluahkan apa saja yg terbuku di lubuk hati aku ini.oleh, salam perkenalan kepada semua.