Apa khabar semua..sudah lama aku tak mencatatkan sesuatu kat dalam blog ni.kali ini biar aku coretkan sesuatu.setelah 3 kali percubaan aku untuk melepaskan jawatan aku kat PMSB,tempat aku mencari rezeki sekarang ni.kali pertama pada tahun 2003,setelah aku Berjaya mendapatkan lesen” E Fuel “yang mana lessen “E Fuel” ni ibarat diploma pada org macam aku ni kurang pandai.ketika itu aku masih terlalu muda lagi.seingat aku umur aku 21tahun.masa itu aku gian nak pegang stereng bas atau pun lori.dengan memandu bas atau lori aku mampu mendapatkan gaji macam gaji excutive,Cuma cara kerja tak sama.tapi jodoh aku masih panjang lagi dengan PMSB lagi.aku terus berkerja sampai satu tahap aku dah tak boleh menerima kritikan,teguran atau bahasa yg lebih indah tak boleh kena marah,ego lah kata kan.maka berlaku lah kejadian kedua,pada 28.06.10,aku melepaskan jawatan secara mengejut 24jam.ada sebab aku buat begitu. Biarlah aku simpan dalam hati,hanya tuhan saje yang tau apa perasaan aku ketika itu.pada 30.06.10 iaitu sama dengan hari lahir aku yang ke 28 tahun,aku menarik balik semula surat perletakan jawatan aku,setelah orang yang berkenaan(yang mengguris hati dan perasaan aku) datang memujuk aku untuk kembali bersama PMSB.aku akur dengan ketentuan allah,bahawa jodoh aku masih panjang lagi dengan PMSB.walaupun masa itu aku sudah pasang niat nak bekerja sendiri.walaupun aku kurang bersedia.setelah setahun berlalu aku kembali dengan niat aku untuk melepaskan jawatan aku di PMSB.sebabnya aku terpaksa memilih satu antara dua tugas.dua tugas yang memerlukan komitmen yang tinggi.yang pertama,aku adalah seorang pengusaha lori secara kecil kecilan dan yg kedua aku adalah kerani makan gaji di PMSB.di PMSB aku di bebani tugas yang banyak dan memerlukan waktu bertugas sekurang kurangnya 8jam satu hari.selepas itu baru aku memikirkan syarikat aku pula sampai ke tengah malam.masa untuk keluarga memanglah kurang kecuali hujung minggu. jadi aku terpaksa korban kan salah satu tugas.aku dah tak mampu menggalas dua tugas dalam satu masa lg.setelah aku berbincang dengan keluarga dan isteri aku dan mereka merestui permintaan,jadi aku memilih untuk berundur dari PMSB.surat sudah siap aku buat bertarikh 01.06.11 dan akan berakhir pada 30.06.11 masih sama tarikh hari lahir aku.aku ingin bekerja sendiri menguruskan syarikat yang aku tubuhkan secara kecil kecilan yang mana syarikat ini memerlukan aku sebagai nakhoda.ada beberapa masalah yang aku hadapi dalam syarikat aku sekiranya aku masih berada di PMSB.sebagai contoh iaitu ketidak jujuran pemandu aku dari segi kewangan,penyelewengan diesel yang dpat aku kesan sejak akhir2 ni.seandainya aku tidak lagi ada bersama PMSB,aku ada masa untuk membuat sesuatu yang aku fikir boleh untuk mengatasi masalah ni.jika aku aku bersama dengan PMSb lagi,masa aku amat terhad sekali.walau bagaimana pun sekali lagi aku membuat pusingan “U”dan mengalah walaupun dah nekad untuk meninggalkan PMSB yang aku sayangi.ini kerna aku masih memikirkan sahabat2 aku yang ada dalam PMSB.rata2 nya mereka semua tidak bersetuju dengan penguduran aku dari PMSB.semakin hari silaturahim antara aku dengan semua sahabat PMSb semakin terjalin erat.ini yang sebab utama yang membuat aku masih berada di PMSB.aku sayang amereka semua,termasuk yang pergi(berhenti).tapi aku tak tahu berapa lama lagi di PMSb ini.aku hanya menyatakan kepada boss aku yang aku tangguh kan buat sementara waktu sahaja.berapa lama lagi,itu aku tak tahu.aku serah kepada allah.biarlah masa yang menentukan.sememangnya aku pergi dari PMSB ini bukan lah hanya sebab syarikat aku diluar semata mata,tapi ada sebab lain dan kisah disebaliknya.nanti aku ceritakan sebab nya.
Kalau nak ikutkan dari persediaan untuk berhenti ni sebenarnya aku kurang bersedia dari segi kewangan.tapi rasany a aku mampu mengatasinya,Cuma aku perlu berkerja lebih keras dam memperlipat kali ganda usaha aku.insyallah aku yakin mampu melakukan jika diberi kesihatan yang baik.sebab aku perlu bekerja selepas aku keluar dari PMSB.maksudnya aku tak boleh nak rilek sesuka hati .kalau dulu aku keluar dari rumah utk berkerja jam 8pagi,kalau aku berhenti pun rutin nya tetap sama jugak,kerna aku perlu menguruskan perniagaan aku,nak dijadikan cerita aku masih berkerja jugak walaupun dah berhenti kerja.Cuma aku berkerja sendiri.inilah IMPIAN dan DESTINASI yang aku harapkan.banyak aku kerja banyak lah aku dapat,sikit aku kerja sikit lah aku dapat.target terbaru untuk tinggalkan PMSB adalah hujung tahun ni bulan 12 atau mungkin lagi cepat.bergantung pada keadaan semasa.diharapkan semua rakan2 yang mengenali aku berikan lah doa kalian semua agar aku Berjaya satu hari kelak.berikan lah sokongan pada aku.kepada sahabat aku en zol yang tak jemu memberikan nasihat agar aku memikirkan sedalam dalamnya sebelum aku berudur dari PMSB nasihat anda aku dengari dan aku masih disini lagi,andai kata aku keluar jugak dari PMSB jangan fikir aku tak dengari nasihat anda lagi,Cuma dah sampai masanya untuk aku berdikari dan berdiri kaki sendiri.ayat keramat yang selalu di gunakan iaitu”sebelum ni kita berada di zon selesa setiap bulan terima gaji,jadi bila kita berhenti kerja,kita berada di zon kena lebih berusaha”insyallah.doa kan aku Berjaya.banyak cerita suka dan duka aku berada di PMSB,seribu kenangan pahit dan manis sepanjang aku berada di PMSB ni.kerana PMSB jugak aku mencapai banyak cita2.PMSB jugak mengajar aku aku sebuah kehidupan.sayang memang sayang,tapi kalau aku tak cuba untuk berkerja sendiri aku tak tahu.ibarat kata,kalau untung sabut timbullah aku,kalau untung batu tenggelam lah aku.harap2 aku berjaya nanti menempuh cabaran mendatang.sebab2 yang lain untuk aku tinggalkan PMSB,rasanya biarlah aku simpan dalam hati.tak baik menceritakan hal org.jadi biar aku simpan jadi kenangan abadi.sampai disini aku noktah kan coretan aku.